Subjek, pemarkahan dan disiplin Hogwarts

Subjek

Bagi senarai mata pelajaran, sila lihat Mata pelajaran Hogwarts

Pemarkahan

Bagi pelajar yang mengambil P.S.B, terdapat satu set piawat pemarkahan bagi tahun kelima, dan U.S.S.M. iaitu peperiksaan yang lebih sukar bagi tahun ketujuh, mereka diberi markah berdasarkan skala berikut:

  • C = Cemerlang
  • B = Baik
  • A = Agak Baik
  • L = Lemah
  • D = Dahsyat
  • T = Trol (Gagal teruk) (Asalnya diingatkan bahawa gred ini adalah suatu jenaka Fred dan George Weasley tetapi ia adalah gred yang sebenar)

Pada empat tahu pertama, lazimnya pelajar dikehendaki meluluskan mata pelajaran yang diambil sebelum melangkah ke tahap yang lebih tinggi pada tahun mendatang.

Markah Rumah

Sebagai tambahan bagi proses pemarkahan Hogwarts, rumah pasukan Hogwarts turut boleh memperoleh markah sebagai ganjaran atau hukuman bagi seluruh pasukan. Suatu pencapaian atau kegagalan pelajaran mahupun dalam disiplin bakal menyebabkan rumah pasukan mereka memperoleh atau kehilangan markah. Peraturan ini diwujudkan bagi menguatkan lagi semangat sepasukan.

Tiada markah yang ditetapkan untuk diberi atau ditolak bagi sesuatu perkara tetapi markah tersebut diberi oleh seseorang pengajar mengikut budi bicara mereka. Mungkin boleh terlalu sedikit dan muungkin boleh terlalu besar. Seperti dalam buku pertama, penambahan 160 markah bagi rumah Gryffindor telah dilakukan oleh Dumbledore kerana Harry, Hermione dan Ron telah berjaya bersama-sama menumpaskan muslihat Lord Voldemort, manakala dalam buku keenam, 30 markah diberikan dalam masa lima minit dalam satu tempoh pembelajaran Posyen. Walau bagaimanapun, perbezaan ini bergantung kepada setiap pengajar kerana setiapnya berlainan citarasa.

Pada penghujung tahun persekolahan, kesemua markah dijumlahkan bagi setiap rumah dan rumah yang memperoleh markah tertinggi akan digelar juara dan mendapat Piala Rumah.

Hal-hal Disiplin

Selain dari kehilangan markah, sebarang perlanggaran undang-undang di Hogwarts juga boleh dikenakan tahanan. Yang mengejutkan, dalam buku Harry Potter dengan Batu Hikmat, pelajar ditahan kerana berkeliaran di waktu malam (yang dikategorikan sebagai bahaya) dan sebagai "tahanan", mereka dihantar ke Hutan Larangan yang merupakan lebih berbahaya sebagai peringatan.

Bagi kesalahan yang lebih serius, pelajar mungkin digantung atau dibuang dari Hogwarts mengikut budi bicara Ketua Rumah.